Sep 1, 2008

Selamat Berpuasa


Yahooo... bulan Ramadan sudah tiba, bulan yang sentiasa ku nanti-nantikan, bukan pasal kan berdiet atau kan berhari-raya akan tetapi hehe.. semua ahli iblis, jin dan syaitan kena kurung selama satu bulan, off duty durang masa ani start maghrib karang. That means buleh lah keluar sampai larut malam, jalan kaki ke kadai 24/7 depan rumah akhir-akhir pun nda lagi ketakutan.. bebas rasanya dari ganguan iblis dan syaitan haha nah just joking.. actually sembahyang Tarawih lah yang ku nantikan jua, siuk Sembahyang Tarawih berjemaah ani.

If kamu kan tau, Ramadhan satu bulan yang mulia, umat Islam berpuasa. Jadikan kedatangan Ramadhan ani sebagai satu pintu kepada peluang untuk kitani meng-upgrade-kan amal ibadah masing-masing, bukan computer saja yang dapat di upgrade but amalan kitani jua. Sempena bulan puasa ani, selain dari kitani menahan diri dari makan dan minum, adalah baiknya jua kitani menahan diri daripada melayari laman-laman web yang tidak berguna terutama yang boleh memudarkan pahala puasa. Tahanlah diri daripada mencuri hak-hak intelek orang lain. Jangan jua lupa, berpuasa atu ibadah, sembahyang atu ibadah dan membantu orang menyelesaikan masalah yang dihadapi itu jua satu ibadah. Oleh itu marilah kitani banyakkan ibadah.

Bulan puasa ani jua adalah bulan yang baik untuk kitani bersedekah. Jadi marilah kitani sama-sama ringankan tangan dan akal fikiran mensedekahkan ilmu-ilmu yang ada dalam diri kamu atu kepada orang-orang lain. Semoga ilmu yang ada pada kitani ani menjadi lebih berkat dan tidak pula sekali-kali menjadikan kitani lebih bongkak dan angkuh dengan pinjaman yang Tuhan berikan itu.

Akhir kata dari saya, Selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga amalan kita diterima, dilimpahi rahmat, maghfiroh dan dibebaskan dari api neraka.. Amin

p/s: Jangan lupa niat puasa and jangan lupa bayar zakat fitrah

No comments: