Sep 25, 2008

Malam Lailatul Qadar

Seperti biasa, setiap tahun di bulan Ramadan, semua umat Islam akan menanti kedatangan Malam Lailatul Qadar atau malam yang berkuasa kerana orang yang menemui Lailatul Qadar itu, semua dosa-dosanya yang lalu akan di ampunkan Allah dan segala do'anya akan dimakbulkan.

Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya terjadi pada hitungan tanggal malam ganjil di antara 10 malam terakhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan, di mana pada malam itu para Malaikat diturunkan ke langit bumi untuk mengaminkan dan mencari siapa saja dari Umat Muhammad, yang memohon rahmat, ampunan dan darjat yang sangat tinggi dari Allah, hingga menjelang fajar.

Petua Imam Ghazali dan ulama-ulama lain untuk mencari malam Lailatul Qadar ialah Jika awal Ramadan jatuh pada hari:-
  1. Ahad atau Rabu maka malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke 29 Ramadan
  2. Isnin - Di jangka berlaku pada malam 21 Ramadan
  3. Selasa atau Jumaat - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam ke 27 Ramadan
  4. Khamis - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan
  5. Sabtu - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam ke 23 Ramadan
Kata sheikh abu hassan bahawa start ia masuk baligh udah, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Kalau ku ikut petua di atas, Insyallah malam Qadar jatuh pada malam ke 27 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siangnya 27hb September 2008. Wallahu'alam. Walau bagaimanapun, janganlah kitani beribadat pada malam atu sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain jua, pasalnya di negara kitani, puasa inda ikut cara di Asean lain dan di Mekah, inda tepat pada 1 Ramadan kitani mula puasa, so malam Qadar maybe sudah pada malam ke 21 Ramadhan or might be malam ani, cos ada pun tanda malam qadar ialah:-
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas; (which is right)

  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat; (I witnessed the sun tadi mcm lain usulnya in fact I took a picture of the sun tadi, lain nie sulnya.. tapi inda tau lah ah mana tau its just the phenomenal of the sun)

  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kitani beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita. Aminnn.

Rugi besar lah orang-orang yang inda tahu pasal malam Lailatul Qadar ani. Mereka lebih mementingkan dan sibuk membeli barangan untuk Hari Raya sampai lupa kan malam kebesaran ani. Ada jua orang-orang muda kitani ani suka melepak sana sini and sanggup durang inda tarawih semata-mata kan melepak saja, jumpa kawan, jumpa gf/bf lapas atu berkapit and alasan durang, kami masih muda, umur kami masih panjang, dah kawin karang baru tah kami taubat, Astaghfirullah.. ajal di tangan Tuhan, bila-bila masa saja Allah mengambil ajal kamu.

No comments: