Hijrah dari pengertian bahasa Arab bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.
Maka dengan itu, adalah sewajarnya kita sebagai manusia mengambil pendekatan berubah kepada seseorang yang inginkan perubahan kepada kejayaan. Iaitu dengan merubah pemikiran, budaya dan tabiat kepada yang kurang baik kepada yang lebih baik.
Maka dengan itu, adalah sewajarnya kita sebagai manusia mengambil pendekatan berubah kepada seseorang yang inginkan perubahan kepada kejayaan. Iaitu dengan merubah pemikiran, budaya dan tabiat kepada yang kurang baik kepada yang lebih baik.
Kurangkan atau tinggalkan terus tabiat yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri dengan niat untuk ber”HIJRAH”.
Sama-samalah kita fahami hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Sempena tahun baru Maal Hijrah 1430 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 Hijriah. Semoga amalan kebaikan kita di tahun lalu di terima oleh Allah SWT dan semoga tahun baru ini di beri kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan di sepanjang tahun baru, InsyaAllah, Aminn. Selamat maju jaya diucapkan kepada diri sendiri dan semua pembaca di jablaii.blogspot.com