Dec 8, 2008

Hari Raya Aidil Adha

DI KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN

KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI BRUNEI MAHU PUN DI LUAR NEGARA.

Hari raya korban ini dirayakan pada setiap 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Ianya diraikan sempena dengan peristiwa yang berlaku keatas nabi Allah Ibrahim dan anaknya nabi Allah Ismail dalam mengerjakan perintah Allah. Selain daripada peristiwa tersebut, Hari Raya Aidil Adha ini dirayakan sebagai tanda berakhirnya ibadah haji yang dilakukan oleh jemaah-jemaah haji di Mekah. Tarikh ini juga adalah satu tarikh penting didalam sejarah islam kerana pada hari tersebut, nabi Adam dan isterinya Hawa diturunkan ke bumi.

Kesinambungan daripada kisah nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail, maka ibadah korban adalah satu keistimewaan di hari raya raya aidil adha dan hari Tasyrik (11-13 zulhijjah). Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan selepas sahaja khatib habis membaca khutbah pada semayang sunat hari raya aidil adha sehingga sebelum tenggelamnya matahari pada 13 zulhijjah.

Apa yang dimaksudkan dengan korban? Dari segi bahasa, korban membawa erti dekat. Korban dari segi istilah pula adalah menjalankan perintah agama atau taat pada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-NYA.

Oleh yang demikian, jika kita mempunyai kemampuan, maka hendaklah kita melakukan ibadah korban ini memandangkan ianya merupakan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Semoga, kita tegolong didalam golongan mereka yang beriman. Insyallah.

***************************************************

No comments: