Mar 20, 2008

Sambutan Maulud Nabi S.A.W 1429H

Tanggal 12 Rabiulawal Hijriah adalah hari kelahiran Nabi Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Tarikh 12 Rabiulawal merupakan tarikh yang begitu bermakna sekali kepada umat Islam seluruh dunia dan pada tahun hijriah ini juga seluruh negara yang beragama Islam termasuk negara kita, Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi S.A.W dengan mengadakan zikir di seluruh masjid. Dan pada hari ini Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Negara bagi tahun 1429H diadakan di Taman Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

(Picture courtesy of Info Foto)

Tema sambutan kali ini ialah “Tunas Bangsa Berakhlak al-Quran” dan Antara lain tujuan perhimpunan dan perarakan itu ialah bagi sama-sama memeriahkan sambutan Maulud Nabi Muhammad pada tahun ini di samping mempertahankan identiti Brunei dalam membesarkan sejarah kelahiran junjungan Nabi Muhammad.

Aku inda pulang ikut berarak tapi awal ku bangun hari ani kira ikut meliat dalam tv lah perarakan atu. What impressed me our Sultan and the royal families ikut sama dalam perarakan atu. Even kanak-kanak yang masih anching pun ikut berarak. Ini lah di katakan kanak-kanak harapan masa depan bangsa, agama dan negara kitani. Mudahan tah jua, Aminn..

No comments: